Selasa, 29 Disember 2015

Gio Mall

Kepada peminat peminat fabrik dan fesyen, kami mencadangkan anda berkunjung ke Gio Mall


Gedung Gio Mall ini baru dibuka pada 25 Dis 2015, waktu perniagaan mereka adalah antara jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.


Antara kedai yang terdapat di Gio Mall ini adalah SitiKhadijah.com , by Fatin Suhana , Modvier, Bella Ammara, Sugarcraft, Jubahsouq, Minaz, Pudore dan Benang Hijau


d



Rabu, 23 Disember 2015

Dinner

Kami mencadangkan untuk Dinner di New Horizon Restoran, Kuantan


Layanan seperti hotel dengan harga yang jimat seperti Gerai Tomyam cubalah.
sebelum pergi kena buat tempahan dulu di restoran ini kerana selalu Fullhouse dan menjimatkan masa menunggu, sebarang pertanyaan hubungi mereka di talian 09-5135290


Khamis, 9 Julai 2015

Pantai Taman Gelora

Pantai Taman Gelora, merupakan kawasan rekreasi penduduk Kuantan, kedudukan taman ini lebih kurang 20 km daripada Baiti Homestay,

Sesuai riadah seperti jogging di sini


amat sesuai sebagai tempat pengambaran perkahwinan, lokasi ini juga seringkali dijadikan tempat pergambaran perkawinan paengantin baru










Sabtu, 18 April 2015

Pendaftaran Kolej Matrikulasi Pahang

Baiti Homestay mengucapkan Tahniah kepada pelajar baru Kolej Matrikulasi Pahang yang akan mendaftar pada 24 dan 25 Mei 2015, pendaftaran selama 2 hari.


Khamis, 18 Disember 2014

Petrosains PlaySmart Kuantan

Petrosains PlaySmart Kuantan, yang berada di Tanjung Lumpur Kuantan merupakan kawasan edutainment kepada anak anak mempelajari hal hal berkenaan dunia petrosains

 Pusat ini boleh dihubungi dalam lingkungan 25 minit daripada Baiti Homestay





Rabu, 8 Oktober 2014

Down Town Mara Kuantan Night Bazaar

Down Town Mara Kuantan Night Bazaar , merupakan pusat keriangan membeli belah bersama keluarga di larut malam hingga 3 pagi telah dirasmikan pada 27 Jun 2014 baru ini oleh YB Dato' Shahirudin bin Ab. Moin, Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Pahang.


Tempat ini yang mesti dilawati jika anda datang ke Kuantan or Gambang kerana pelabagai gerai dan aktiviti diadakan tamabahan kedudukan lokasi ini mudah ditemui iaitu berada di Batu 5 Jalan Gambang yang berhampiran dengan simpang ke Pekan Bandar DiRaja Pahang , hanya 6 minit driving (jika perjalanan tanpa sekatan seperti jem)  dari Baiti Homestay ke lokasi ini.


Waktu operasi Down Town ini adalah dari jam 7.00 malam hingga 3 pagi setiap hari






Jumaat, 1 Ogos 2014

Air Terjun Sungai Pandan

Air Terjun Sungai Pandan (Pandan Waterfall) yang teletak di Hutan Lipur Sungai Pandan kira-kira 13 km dari Baiti Homestay merupakan kawasan rekreasi semulajadi yang boleh dijadikan pilihan rekreasi keluarga

Air Terjun Sungai Pandan

Kawasan rekreasi ini dibuka pada awal tahun 1980 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, di mana ketinggian air terjunnya 100 meter. Air kolam kelihatan seakan akan warna pandan itu juga membawa maksud, mengapa ia di namakan Air Terjun Sungai Pandan

Kolam Pertama
Kolam kedua
Kawasan rekreasi ini dilengkapi pelbagai kemuduahan antaranya tempat letak kenderaan, gerai makan, tandas, surau, tapak perkhemahan, pondok-pondok rehat, kolam-kolam mandian, serta jambatan gantung yang mengadap air terjun

Gerai makanan ringan

Surau


Selain kolam kolam semulajadi yang banyak, pihak pengurusan waterfall juga membina kolam kanak-kanak dan gelunsur untuk mereka bermain



kawasan rekreasi ini juga seseuai untuk aktiviti keluarga



Ber BBQ