Isnin, 11 Jun 2012

Kolej Matrikulasi Pahang

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), merupakan institusi pendidikan Prauniversiti yang unggul di Malaysia. Kedudukan Kolej Matrikulasi Pahang lebih kurang 15 minit perjalanan daripada Baiti Homestay, maka Baiti Homestay amat sesuai dijadikan  tempat penginapan untuk keluarga datang ziarah pelajar di kolej tersebut.

Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang
sedang menjalankan amali biologi
Selamat datang pelajar dan keluarga ke Kuantan sempena pendaftaran pelajar baru ke Kolej Matrikulasi Pahang pada 28 Mei 2012 dan ambilan kedua pada 13 Jun 2012. Semoga pelajar mendapat keputusan yang cemerlang di Kolej Matrikulasi Pahang yang terkenal dengan Peneraju Kecemerlangan.

Tasik dalam kolej yang sering digunakan pelajar untuk
aktiviti riadah

Ahad, 10 Jun 2012

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)


Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yang berada di Batu 6 Jalan Gambang yang berhamipran dengan Baiti Homestay lebih kurang 7 km yang dapat dihubungan melalui Jalan Gambang Kuantan.

Kolej Antarabangsa IKIP

Kedudukan Kolej Antarabangsa IKIP yang ditubuhkan sejak 1992 berhampiran Taman Gelora amat sebuah IPTS di bawah Kerajaan Negeri Pahang (Yayasan Pahang).

Kedudukan Kolej Antarabangsa IKIP ini lebih kurang 20 km daripada Baiti Homestay.

Kolej Antarabangsa IKIP
Kampus Taman Gelora

Sabtu, 9 Jun 2012

Kolej Universiti Shahputra

Kolej Universiti Shahputra, (University College Shahputra, UCSA) merupakan salah satu IPTS di Kuantan yang terkenal,

Kedudukan UCSA ini lebih kurang 8 km daripada Baiti Homestay yang dihubungkan dengan jalan 4 lorong melalui  Jalan Pintasan Kuantan ke Terengganu, menjadikan homestay kami pilihan kepada keluarga untuk bermalam di homestay kami,

University College Shahputra
Kami mengucapkan selamat datang kepada bakal pelajar yang membuat pendaftaran pelajar baru Kolej Universiti Shahputra pada 18 Jun 2012

Khamis, 7 Jun 2012

Zoo Nite di Mini Zoo Teruntum


Acara menaiki kuda padi juga diadakan di Zoo Mini Tereuntum
Satu usaha tarikan pelancung ke Kuantan, Majlis Perbandaran Kuantan telah mengaktifkan Mini Zoo Terentum  dengan tawarkan Zoo Nite dengan pelbagai program


Tema Zoo Nite untuk bulan Mei yang lalu adalah Dunia Animasi yang dipersembahan pada hari sabtu jam 8.00 malam - 11.00 malam pada 5, 19 dan 26 Mei 2012.



Manakala Tema Zoo Nite untuk bulan Jun adalah SUKAN yang dipersembahkan pada hari sabtu)jam 8.00 malam hingga 11.00 malam pada 2, 9, 16 dan 23 Jun 2012.

Jom ke sana.

Sabtu, 2 Jun 2012

Jimat di Baiti Homestay

JIMAT untuk tinggal dalam berkumpulan atau bekerluarga di Baiti Homestay, jika dibandingkan dengan Hotel Budget di Kuantan.

Purata harga Hotel Budget di Kuantan RM 100 semalam HANYA untuk sebuah bilik, namun di Baiti Homestay kami tawarkan RM 100 semalam untuk SEBUAH RUMAH. Maka jika anda datang secara kumpulan atau family penginapan Baiti Homestay boleh diberi keutamaan, jika datang serorang mungkin hotel budget menjadi pilihan.

Jumaat, 1 Jun 2012

Cara Membuat Tempahan (For Reservations)

Langkah - langkah membuat tempahan

Jika anda ingin membuat tempahan Rumah Tamu Baiti Homestay ini, tuan dikehendaki ikut langkah ini
  1. hubungi kami di 013-9837128
  2. kemudian memasukkan deposit sebanyak RM 50 untuk satu malam ke akaun MAYBANK nombor akaun 506221007789 untukJAGADIRI DOTCOM.   Jika pembayaran dibuat melalui bank lain ia IBEG transfer, sila masukan no handphone saya  013-9837128 dan email amran@jagadiri.com untuk semakan melalui bank itu.
  3. selepas deposit tuan HENDAKLAH sms untuk buat pengesahan. 
  4. tempahan tuan diberi status CONFIRM untuk dalam Senarai Tempahan (List of reservations) di blog ini. Jika tuan telah membayar penuh status CONFIRM (FULL PAID) akan tertera dalam blog.

Keropok Lekor Pahang

Terengganu memang terkenal dengan identiti Keropok Lekor Terengganu disamping keropok keping, yang begitu enak dimakan di waktu petang sambil santai bersama keluarga.

Pahang juga mempunyai keropok lekornya tersendiri disamping keropok keping tambahan pula kedudukan Kuantan bersebelahan dengan negeri Terengganu, Keropok Lekor Pahang boleh dibeli di gerai gerai jualan keropok lekor di Pekan Jaya Gading kedudukannya hanya 1 km daripada Baiti Homestay, ramai penyewa Baiti Homestay membeli keropok lekor Pahang ini di gerai pekan Jaya Gading sebagai buah tangan sewaktu datang ke Kuantan ini.

Gerai-gerai Keropok Lekor Pahang di pekan Jaya Gading