Rabu, 2 April 2014

Ketam Telur Masin

Anda pernah makan Ketam Telur Masin?

Ketam Telur Masin
Cubalah menu ini di merata restoran atau gerai dalam daerah Kuantan, selain menu ikan bakar yang menyelerakan  menu Ketam Telur Masin sungguh sedap,

Antara restoran yang menawarkan menu ini adalah Restoran Garden Tom Yam, restoran ini terletak di  Jalan Teluk Sisek, Kuantan iaitu laluan utama ke Pantai Teluk Cempedak





Cubalah, sedap :)


Sabtu, 1 Mac 2014

Taman Teruntum

Satu lokasi yang menarik yang kurang dikenali orang masyarakat luar ialah Taman Teruntum, lokasi Taman Teruntum lebih kurang 20 km dari Baiti Homestay, ianya bersebelahan dengan Pantai Teluk Chempedak ianya amat sesuai dilawati oleh seiisi keluarga

Simpang yang memisahkan Taman Teruntum, Teluk Cempedak dan Istana Hinggap Sultan Pahang
yang diterangi lampu yang kegemerlapan
Antara event yang menarik Taman Teruntum adalah taman permainan memandu kanak-kanak, Zoo Mini Taman Teruntum, padang golf.

Taman Memandu di Jalanraya  Kanak-kanak


Nite Zoo pada Hari Sabtu Minggu Ke-2 Setiap Bulan

Riding kuda padi di Zoo Mini






Padang Golf, Royal Pahang Golf

Rabu, 19 Februari 2014

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah merupakan pintu masuk ke Kuantan melalui udara, Lapangan terbang ini berkongsi dengan Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia. Penerbangan Malaysia MAS menghubungkan Kuantan ke KLIA melalui udara


Lokasi lapangan terbang ini dalam lingkungan 5 km daripada Baiti Homestay

Lapangan Terbang Kuantan
Selain MAS yang beroperasi di sini, Syarikat Firefly  menghubungkan Kuantan dengan Pulau Pinang dan Singapura melalui udara


Jumaat, 24 Januari 2014

Tahun Baru Cina

Seperti kebiasaan bila tiba musim perayaan satu satu kaum, maka kaum lain akan mengunakan cuti tersebut untuk melancung antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah sekitar Gambang dan Kuantan.


Memandangkan Baiti Homestay menawarkan penginapan 3 buah rumah tamu yang menjimatkan maka Baiti Homestay menjadi pilihan utama untuk dijadikan tempat penginapan waktu musim percutian.

Terima Kasih di atas sokongan anda terhadap Baiti Homestay.

Rabu, 1 Januari 2014

Find location


Mudahnya mencari lokasi Baiti Homestay kerana ianya berada di jalan utama. Gunakan google map dalam telefon pintar anda untuk tunjuk panduan ke Baiti Homestay.

Isnin, 25 November 2013

Gambang Safari Park

Anda meminati haiwan? ... Gambang Safari Park merupakan lokasi percutian yang sesuai untuk anda






Rabu, 2 Oktober 2013

Konvo Universiti Malaysia Pahang

Baiti Homestay mengucapkan tahniah kepada graduan Universiti Malaysia Pahang kerana berjaya menamatkan pengajian sempena konvokesyen kali ke-8


Kami mendoakan graduan ini akan berjaya dalam sebarang yang mereka akan ceburi.